Gempar!!! Bimbang imej MB tenggelam, ADUN pembangkang dihalang bantu kerja sukarelawan PPV

Gempar!!! Bimbang imej MB tenggelam, ADUN pembangkang dihalang bantu kerja sukarelawan PPV

Adun Pengkalan Kundor Dr Ismail Salleh yang juga merupakan seorang doktor perubatan terkejut apabila beliau dihalang membantu proses vaksinasi di negeri Kedah.

Ini kerana, beliau pernah menjadi sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di beberapa lokasi di seluruh Kedah sebelum ini.

Antara kejayaan beliau dan pasukan perubatan lain adalah ketika proses vaksinasi di Universiti Utara Malaysia (UUM) apabila berjaya menvaksinasi 7,345 penerima dalam tempoh 3 hari PPV itu beroperasi.

Naib Canselor UUM, Profesor Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani turut mengakui kejayaan itu adalah hasil kerjasama semua petugas dan sukarelawan yang terlibat.

Memetik laporan Kedahkini Dr Ismail menerima satu hantaran ‘whatsapp’ memaklumkan beliau tidak lagi dialu-alukan menjadi sukarelawan atas faktor politik.

“Tindakan kerajaan Kedah yang menghalang penglibatan parti pembangkang untuk bersama-sama membantu mempercepatkan proses vaksinasi di negeri ini amat mengejutkan,” lapor Kedahkini.

Menurut rekod, Kedah merupakan satu-satunya negeri yang masih lagi kekal di Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) ekoran tahap penggunaan katil di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) yang menempatkan pesakit Covid-19 masih melebihi 100 peratus.

Menurut Dr Ismail tindakan kerajaan negeri pimpinan Muhammad Sanusi dari Pas itu dilihat masih lagi mahu berpolitik sedangkan nyawa rakyat di negeri Kedah patut menjadi keutamaan.

“Proses vaksinasi di Kedah sebelum ini terlalu perlahan. Jadi awal Jun saya telah ambil keputusan untuk mengetuai satu “task force” Pakatan Harapan (PH) untuk “mobilize” seluruh Kedah dalam program “Jom Daftar Vaksin.”

“Saya juga telah mendaftar dengan MyVac dan Mercy sebagai sukarelawan untuk sama-sama membantu mempercepatkan proses vaksinasi” ujar beliau.

Katanya sebagai sukarelawan beliau telah turun di Baling, Yan, Padang Terap, UUM, PkPD Kuala Kedah, Taman Bersatu, Alor Serdang, dan Tok Sibil bagi membantu mempercepatkan proses vaksinasi.

“Hari ini saya betul-betul kecewa dengan apa yang terjadi. Saya dihalang untuk terus menghulurkan bantuan bagi menyelamatkan nyawa rakyat di negeri Kedah. Adakah ini kerajaan yang rakyat mahukan?”.

Dr Ismail juga berkongsi dengan KedahKini hantaran ‘whatsapp’ yang diterima beliau dari Pengerusi JPKK, Kampung Kuala Kangkong.

Sumber – MalaysiaDateline