Gempar!!! Calon BN Pengkalan Chepa didakwa menipu, mengaku doktor perubatan walaupun tak habis belajar

Gempar!!! Calon BN Pengkalan Chepa didakwa menipu, mengaku doktor perubatan walaupun tak habis belajar

Dipetik daripada laman FB Liyana Marzuki

DOKTOR OH DOKTOR

Ada seorang calon yang claim dia doktor, tapi namanya tiada dalam database Malaysia Medical Council. Orang ramai dah check. Tetap sama. Nama nya tak muncul.

Saya buat posting 2 hari lepas, bagitau fakta. Minta dia buat penjelasan. Kita bagi peluang.

Saya juga katakan di Uni Gajah Mada, programnya 4+2 tahun. 4 tahun untuk Ijazah Perubatan dan 2 tahun untuk MD- Medical Doctor. Makanya kalau stage 1 saja dia habiskan, dia tak layak jadi doktor pun. Housemanship pun tak boleh buat.

Hari ni dia buat laporan polis. Katanya saya fitnah. Fitnah tang mana kalau nama dia tiada dalam database MMC? Tak layak nak practice.

Katanya pula dia ada 2 sijil Ijazah tu. Dia sudah serahkan kepada pihak polis.

Tapi yang pelik bin ajaib, rekod dia dalam database Pendidikan Tinggi Indonesia tunjukkan status mahasiswanya direkodkan HILANG. Saya tanya kawan2 di sana, itu menunjukkan dia tak habis belajar. Pulak dah?!

Maknanya apa ni? Bukan saja dia takde rekod dengan MMC, tak boleh jadi doktor. Rekod di Indonesia juga tunjukkan dia mengaji tak habis. Ater macam mana?

Pesanan saya, jangan gunakan polis untuk tindas rakyat biasa yang bersuara. Polis kita wibawa. Macam mana dikatakan fitnah kalau bukti dalam saluran rasmi ada! Bukan yang kami buat2!

Ini baru level calon, kalau dah jadi Menteri, macam mana pula?

Saya sedia hadapi tindakan yang dibuat, kerana berani kerana benar. Kena ingat, buat laporan polis palsu juga, boleh kena penjara.

Bring it on!

Salam hormat,
Liyana Marzuki

*****************************************************

Bukti carian saya sertakan. Boleh check sendiri. Link disediakan di bawah:

MMC:

https://meritsmmc.moh.gov.my/search

Kementerian Pendidikan Tinggi Indonesia:

https://pddikti.kemdikbud.go.id/data_mahasiswa/MEM3RDQ5OTQtQUJEMi00REZCLUJFMEItRUFCNTBDRTlGNTBG#