Gempar!!! Cubaan sembunyikan situasi kritikal di CAC Stadium Melewati, ‘drama pembohongan’ KKM terbongkar juga akhirnya

Gempar!!! Cubaan sembunyikan situasi kritikal di CAC Stadium Melewati, ‘drama pembohongan’ KKM terbongkar juga akhirnya

[ #Pandemic Covid-19 ]

Apa perlunya KKM BERBOHONG?

1. Photo pertama dari handphone saya pada jam 11:32 pagi tadi, Khamis, 8 Julai 2021.

https://www.facebook.com/ahmadsayutibashiron/posts/10159157302299876

Setiap hari, saya kongsikan beberapa photo pada pelbagai pihak, individu atau pertubuhan yg tak henti sejak berbulan lama menyumbangkan pelbagaj tajaan makanan sarapan pagi untuk petugas KKM/Frontliners & Sukarelawan berjumlah 200 orang di CAC terbesar di Malaysia tersebut. Bahkan ramai lagi penaja yg menyumbangkan sarapan ringan buat pengunjung yg 100% positif Covid-19 ketika mereka beratur panjang itu, hingga hampir mencecah 3,000 pesakit pada Isnin 5 Julai baru ini. Angka tertinggi dalam rekod Covid-19 Malaysia sejak 2019, hanya daripada satu sahaja Daerah di Selangor (Petaling) sahaja!

2. Petang ini saya dimaklumkan oleh Petugas KKM, rupanya pihak KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) menggunakan photo saya tersebut, dengan menambah pula caption “PALSU” dan “FAKE” di atas photo tersebut.

3. Bahkan meletakkan dua lagi photo lain ketika operasi CAC hampir berakhir petang tadi, bersebelahan dengan photo saya itu.

4. Ketiga-tiga photo tersebut disiarkan pula di wall Facebook Rasmi KKM jam 6:00 petang tadi (photo kedua).

Saya tak pasti,
Apa perlunya kamu DG Norhisham, Adham Baba atau KKM melakukan atau membenarkan pembohongan sebegini serious terus berlaku?

Apa lagi yang sebenarnya hendak kamu sembunyikan?

Cukuplah. Penjawat awam jangan tiru perangai pemimpin hari ini yang cukup kerap berbohong & khianati rakyat dan Negara.

Rujukan asal;

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10158041619986237&id=373560576236

Saya cuba untuk tegur pembohongan di Facebook KKM itu. Tapi status comment ditutup sepenuhnya.

Saya dapati selepas 3 jam status itu dibuat, saya lihat lebih 13 ribu pengguna Facebook ‘like’ status tersebut, dan lebih 1,300 telah ‘share’ status bohong KKM itu.

Maka saya terpaksa nafikan pembohongan KKM di wall Facebook peribadi saya…

w’alam.

Sumber – FB Ahmad Sayuti Bashiron
CAC Malawati | Shah Alam
8 Julai 2021