Gempar!!! Dakwa sudah miliki 111 MP, blogger politik terkenal bidas saraf lapuk Annuar Musa

Gempar!!! Dakwa sudah miliki 111 MP, blogger politik terkenal bidas saraf lapuk Annuar Musa

PENAUNG TOK PAKAI WILAYAH PERSEKUTUAN

Annuar Musa terus berperanan dan diperlukan oleh BN sebagai progandis yang tidak pernah tewas akal. Terbaru beliau menjadi jucakap BN, mengatakan komponen itu sudah memperolehi 111 suara untuk sokong calon perdana menteri mereka.

Mereka yang syok sendiri mungkin boleh menerima apa dinyatakan ahli Parlimen Ketereh ini tanpa perlu membuat semakan. Tetapi bagi yang tahu siapa dia Annuar Musa yang pernah disiasat SPRM dua kali akan mengenepikan maklumat yang diberikan itu.

Kalau sudah dapat 111 sokongan untuk apa dihebohkan. Dalam politik selalu berlaku keterbalikan, bila sesuatu itu dikatakan iya, bermakna tidak. Begitu juga kalau Annuar kata sudah cukup sokongan bermakna ia belumlah tu. Annuar kalau nak kenal adalah ahli psywar tidak berkerut kening.

Orang kaya sebenar tidak akan menjual kekayaan mereka, yang selalu menjual diri ialah orang miskin yang berlagak hendak jadi kaya. Jangan-jangan angka disebut itu dalam fail lamanya sebelum dia dipecat menjadi Setiausaha BN.

Barangkali dia lupa, yang dia kini Penaung Persatuan Tok Pakir Wilayah Kuala Lumpur selepas meletak jawatan secara paksa sebagai menteri. Trims.