Gempar! Data peribadi pelanggan APKP didapati bocor, dikesan terdedah dalam dark web

Gempar! Data peribadi pelanggan APKP didapati bocor, dikesan terdedah dalam dark web

 

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) kini mengesahkan terdapat beberapa data pengguna yang terjejas dan didedahkan di dark web dalam insiden pencerobohan data yang berlaku bulan lalu.

Data peribadi pelanggan AKPK bocor, terdedah dalam 'dark web'

Menurut AKPK, meskipun siasatan masih diteruskan, pihaknya mengesahkan data peribadi kira-kira 20 pelanggan termasuk nama dan nombor kad pengenalan telah didedahkan. Langkah sewajarnya juga telah diambil bagi menangani kemungkinan lebih banyak data yang telah tertiris.

\Buat masa ini, AKPK berkerjasama rapat dengan pihak berkuasa yang berkaitan termasuklah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dan juga CyberSecurity Malaysia (CSM) dalam menjalankan siasatan menyeluruh.

Dalam masa yang sama, pihaknya juga sedang mengenal pasti maklumat khusus yang telah diakses secara haram serta memaklumkan kepada mereka yang terjejas.

Bagi mengelakkan risiko selanjutnya, AKPK menjelaskan beberapa sistem operasi dinyahaktifkan buat sementara waktu dan akan dikembalikan secara berperingkat.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan boleh diajukan kepada Pusat Panggilan Khusus AKPK menerusi talian 03-2616 7766 atau menerusi portal rasmi AKPK atau boleh lawati cawangan berdekatan.