Gempar!!! Disekat US, Top Glove bakal terima nasib sama seperti minyak sawit negara

Gempar!!! Disekat US, Top Glove bakal terima nasib sama seperti minyak sawit negara

Amerika Syarikat kini boleh menyita produk sarung tangan tertentu oleh Top Glove Corporation Bhd setelah agensi Perlindungan Kastam dan Sempadan (CBP) negara itu mengeluarkan penemuan yang menyimpulkan bahawa firma itu kemungkinan menggunakan buruh paksa bagi pengeluaran sarung tangan tertentu yang diimport ke AS.

Di bawah peraturan AS, CBP boleh mengeluarkan perintah menahan mana-mana produk sekiranya siasatannya berasas.

Perintah seperti itu dikeluarkan terhadap Top Glove pada Julai tahun lalu dan firma itu perlu membuktikan produk tersebut tidak dibuat menggunakan buruh paksa.

Sekiranya gagal berbuat demikian, produk tersebut dilarang masuk dan perlu dibawa keluar dari negara itu.

Bagaimanapun, CBP kini telah mengeluarkan penemuan dalam Daftar Persekutuan AS.

Penemuan buruh paksa yang dikeluarkan dengan persetujuan setiausaha Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS itu membenarkan penyitaan dan rampasan produk jika pengimport tidak dapat membuktikan bahawa mereka tidak menggunakan buruh paksa.

Ini berbeza dengan perintah penahanan sebelum ini yang hanya melibatkan larangan kemasukan.

“CBP boleh merampas dan menyita barang import yang meliputi penemuan berkenaan,” kata notis yang diterbitkan dalam Daftar Persekutuan AS mengenai Top Glove. – MK