Gempar!!! Diserang dan dihalang ke Parlimen, dua MP buat laporan polis

Gempar!!! Diserang dan dihalang ke Parlimen, dua MP buat laporan polis

Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir dan Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran membuat laporan polis berhubung penutupan parlimen dan tindakan menghalang anggota Dewan Rakyat memasuki bangunan parlimen pagi tadi.

“Dalam mana-mana negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, ahli parlimen yang diberi mandat dan amanah oleh rakyat mempunyai tanggungjawab dan kewajipan untuk menghadirkan diri ke parlimen bagi menjalankan tugas mereka.

“Seperti juga yang dititahkan berkali-kali oleh Seri Paduka Yang Dipertuan Agong, parlimen perlu bersidang bagi membolehkan semua ahli parlimen dan wakil kerajaan menjalankan fungsi dan tanggungjawab yang telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan,” menurut laporan itu.

Laporan polis itu dibuat pagi tadi di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Tambah laporan itu, yang salinannya dilihat Malaysiakini, mereka percaya pihak yang mengarahkan sekatan itu melanggar beberapa peruntukan undang-undang, iaitu:

Seksyen 124 Kanun Keseksaan – menyerang, mengalang atau menakutkan dengan kekerasan terhadap ahli parlimen daripada menjalankan kuasa kuasa ahli parlimen yang sah di sisi undnag undang.

Seksyen 124B Kanun Keseksaan – melakukan aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen.

Seksyen 124C Kanun Keseksaan – berniat untuk menjalankan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Seksyen 9(e) Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan kuasa) 1952 – menyekat dan menghalang ahli parlimen daripada menghadiri parlimen.

Terdahulu, seramai 107 ahli parlimen pembangkang berkumpul di Dataran Merdeka sebelum berarak ke parlimen.

Bagaimanapun mereka tidak dapat memasuki bangunan parlimen selepas disekat oleh pihak polis.

Polis membuat sekatan jalan raya bermula di Jalan Parlimen berdekatan dengan bangunan ibu pejabat Bank Rakyat.

Parlimen sepatutnya bersidang hari ini tetapi ditangguhkan atas alasan berlaku penularan kes Covid-19.

Semalam 11 daripada 1,183 orang di parlimen positif Covid-19.

Sumber – Malaysiakini