Gempar!!! Dua calon Pas di PRN Melaka didakwa tipu sijil kelulusan akademik

Gempar!!! Dua calon Pas di PRN Melaka didakwa tipu sijil kelulusan akademik

Kemaskini

Seorang pengguna sosial media membuat kejutan apabila mendedahkan terdapat 2 calon Pas mewakili Perikatan Nasional menipu kelulusan akademik dalam biodata calon.

Pengguna tersebut telah memuat naik hantarannya berkaitan isu tersebut beberapa minit yang lepas dalam FBnya dengan menggunakan nama Mohd Sobri Hashim.

Menurutnya lagi, dia tidak kisah pun sekiranya calon-calon tersebut tidak mempunyai sijil kelayakan akademik, tetapi jangan sampai menipu. “Belum menang dah menipu,” sindirnya.

Pas menampilkan lapan calon dalam PRN Melaka pada 20 November ini iaitu Aziah Mohd Sa’ad (Kuala Linggi), Bakri Jamaluddin (Kelebang), Muhammad Al Afiz Yahya (Bukit Katil), Abu Hashim Abdul Samad (Taboh Naning), Datuk Kamarudin Sedik (Duyong), Ja’afar Othman (Durian Tunggal), Ahmad Bilal Rahaudin (Serkam) dan Abd Alim Shapie (Merlimau).

Sebelum ini, ahli Pas antara yang lantang ‘menganjing’ calon-calon PH semasa PRU-14 lepas dengan mendakwa calon-calon tersebut menipu sijil kelayakan akademik. Antaranya termasuklah Peja dan Zuraida Kamaruddin.

Sumber – FB