Gempar!!! Dua orang guru berkomen lucah terhadap Ain Husniza

Gempar!!! Dua orang guru berkomen lucah terhadap Ain Husniza

Tular berita guru sebuah sekolah yang didakwa mendorong muridnya merogol.

Ain Husniza dalam sesi Tik Toknya baru-baru ini mendedahkan bagaimana guru lelaki tersebut mengajar cara selamat merogol, termasuk tidak memilih mangsa di bawah umur.

Isu tersebut tidak berakhir disitu sahaja. Ia berlanjutan bila Ain diugut diogol oleh rakan sekelasnya kerana didakwa mengaibkan nama guru dan sekolahnya.Terbaru, dalam satu komen berkaitan, isu ini dilihat semakin panjang dan menakutkan para ibu bapa.

Berpunca dari satu komen menyokong perjuangan pelajar tersebut, muncul dua orang melemparkan komen berbau seksis terhadap Ain Husniza, malah lebih memeranjatkan salah seorang darinya turut membayangkan rupa bentuk tubuh pelajar tersebut.

Hasil carian pantas netizen, didapati kedua-dua pemunya akaun yang telah melontarkan komen lucah tersebut merupakan guru sekolah dibawah pentadbiran KPM.

Dalam respon pantas berkait komen lucah dua guru tersebut, Maszlee Malik, mantan Menteri Pendidikan menggesa Menteri Pendidikan Radzi Jidin agar bertindak segera sebelum berlaku perkara lebih serius

Malah Maszlee berkata maruah seluruh guru di bawah jagaan Radzi Jidin bergantung kepada tindakannya dalam menangani hal tersebut.

Sebelum ini, isteri kepada Tunku Mahkota Johor, Che’ Puan Khaleeda juga menyentuh isu ini dan meminta KPM bertindak tegas terhadap pelaku.