Gempar!!! Exco Terengganu anggap SOP Aidilfitri MKN larangan aktiviti ziarah Aidilfitri mengarut
Seorang EXCO Terengganu memberi keterangan kepada polis hari ini kerana melanggar SOP perintah kawalan pergerakan (PKP) dengan menerima tetamu pada 1 Syawal.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Azman Ibrahim berkata, beliau memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut dan menerima surat tawaran kompaun, tetapi tidak dinyatakan berapa jumlah denda yang dikenakan.
“YB (Yang Berhormat) juga dihukum sebagaimana rakyat biasa, dengan kadar tawaran kompaun sama. Insya Allah akan dijelaskan seberapa segera. Tiada siapa yang berada di atas undang-undang,” tulisnya di Facebook.
Terdahulu, Azman menerusi catatan berasingan di Facebook mengakui beliau menerima kunjungan seorang jiran di rumahnya semalam.
Bagaimanapun, ADUN Jabi itu menafikan beliau mengadakan majlis rumah terbuka Hari Raya yang dilarang di bawah SOP PKP.
“Tak ada buat rumah terbuka pun. Adalah seorang, dua rakyat yang datang ke rumah, sebagaimana hari-hari biasa rakyat mari rumah atas pelbagai urusan.
“Di sinilah dilema seorang kuli rakyat macam ambe (saya). Tak munasabah kita nak tutup pintu dan kunci kemas, kemudian suruh rakyat balik kerana ziarah raya tak dibenarkan, sedangkan hari-hari lain dalam tempoh PKP, selalu saja rakyat mari rumah.
“Juga tak munasabah rakyat berdekatan mari ke rumah, kita tak angkat walaupun segelas air. Musim raya ini adalah juga ketupat sebiji dua, walaupun bukan juadah penuh meja,” tulisnya di Facebook semalam.
PKP 3.0 dilaksanakan di seluruh negara mulai kelmarin hingga 7 Jun ini, dengan sekolah ditutup dan aktiviti sosial, termasuk ziarah rumah ke rumah dan ziarah kubur ketika Aidilfitri tidak dibenarkan. – FMT