Gempar!!! Gara-gara kantoi berbohong, seorang ‘influencer’ bertindak memadam komen & menyekat pengunjung di FBnya
Seorang pengguna media sosial meluahkan kekecewaannya terhadap seorang pempengaruh media sosial selepas komennya yang cuba membetulkan kesalahan fakta yang dibuat melalui hantaran FB milik pempengaruh tersebut telah dipadam.
Malah, pempengaruh tersebut kemudian bertindak menyekatnya daripada melayari sebarang aktiviti berkaitan pempengaruh tersebut di FB.
Pempengaruh yang menggunakan nama akaun Khairul Hakimin Muhammad itu cukup dikenali pelayar media sosial selepas gemar berkongsikan tips masakan lazat dan motivasi diri, selain turut aktif dalam kerja-kerja kebajikan dalam dan luar negara.
Menurut pengguna bernama Wan Zulkifli, dia mengikuti tulisan hantaran Khairul berkaitan isu pengurangan cabutan judi yang diumumkan PM10, Anwar Ibrahim. Khairul kemudiannya mengulas isu berkenaan mengikut kecenderungan politiknya yang diketahui lama merupakan seorang penyokong Pas.
Namun disebabkan tidak berpuas hati dengan fakta mengarut dinyatakan Khairul menyebabkan dirinya tergerak untuk meninggalkan komennya dengan harapan Khairul dapat membetulkan kembali fakta yang terpesong itu.
Namun komen yamg dihantarnya hanya sempat bertahan seketika sebelum dipadam pentadbir FB Khairul.
Malah, lebih mengejutkan apabila komennya di laman yang turut berkongsikan tulisan Khairul juga dipadam.
Kecewa dengan sikap Khairul, Wan Zulkifli bertindak memuatnaik kandungan komennya di FB miliknya sendiri tidak lama kemudian.
INFLUENCER TIDAK SEMESTINYA BETUL
1. Saya telah meninggalkan komen di page Khairul Hakimin Muhammad berkenaan satu hantaran beliau mengenai cukai judi, tapi sayangnya komen saya telah didelete dan saya telah diblok. Apalah salah saya saya tidak tahu. Kalau pun tak boleh jawab maka adalah baik jika delete sahaja hantaran itu.
2. Mengambil kredit daripada pengurangan cukai judi pada 2020 dan 2021 kerana Pas berjaya menutup judi di tiga negeri adalah perasan yang tak agak-agak. Delusional.
3. Terengganu dan Kelantan sudah menutup pusat judi sejak sekian lama sebelum PN memerintah Malaysia pada 2020. Jadi ia tiada kaitan dengan penurunan kutipan cukai judi pada 2020 dan 2021.
4. Manakala Kedah hanya menghentikan pengeluaran lesen baru untuk premis judi bermula tahun lepas dan akan ditamatkan kesemua lesen sedia ada bermula 1 Januari 2023. Maka sekali lagi ia tiada kaitan dengan pengurangan kutipan cukai judi pada 2020 dan 2021.
5. Kutipan cukai perjudian yang rendah pada zaman PN adalah kerana pada tahun 2020 dan 2021, jika penyokong PN sudah terlupa maka perlu saya ingatkan bahawa waktu itu sebahagian besarnya adalah waktu PKP dan larangan rentas negara. Sebahagian besar aktiviti perjudian di Genting yang merupakan penyumbang cukai judi paling besar telah terganggu dan kedai-kedai nombor ramalan juga telah ditutup.
6. Manakala kutipan cukai judi yang tinggi pada zaman PH berbanding zaman BN sebelumnya adalah kerana pindaan cukai dan lesen judi yang dibuat oleh Lim Guan Eng, seorang menteri kewangan yang dicop sebagai anti Islam tetapi mengenakan cukai yang tinggi kepada tokey judi.