Gempar!!! Hanya kerana berkumpul solat, warga asing berdepan hukuman dihantar pulang ke negara masing-masing

Gempar!!! Hanya kerana berkumpul solat, warga asing berdepan hukuman dihantar pulang ke negara masing-masing

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi amaran warga asing yang didakwa melanggar SOP dengan menunaikan solat sunat Aidiladha di luar sebuah surau di Pulau Pinang hari ini boleh diusir.

Menterinya, Hamzah Zainudin dalam kenyataan memberi jaminan tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mereka, termasuk mengarahkan Jabatan Imigresen mengusir warga asing terbabit.

Amaran ini menyusul langkah Ketua Polis Pulau Pinang, Mohd Shuhaily Mohd Zai memohon maaf atas kegagalan mengesan kira-kira 200 warga asing menunaikan solat sunat Aidiladha di luar sebuah surau di Taman Pelangi, Juru, pagi tadi.

Terdahulu, satu rakaman video tular di media sosial menunjukkan ratusan jemaah didakwa warga asing didapati melanggar SOP dengan menunaikan solat sunat Aidiladha melebihi kapasiti dibenarkan di luar surau itu.

Shuhaily sendiri turut ke lokasi itu hari ini untuk menyiasat kesalahan terbabit.

Hamzah berkata, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang dan Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah sudah memulakan siasatan secara terperinci.

Katanya, KDN turut meminta Shuhaily segera memberikan laporan dan penjelasan terperinci berhubung penugasan anggota untuk memantau pematuhan SOP di lapangan, khasnya ketika Hari Raya Aidiladha.

“Sementara siasatan dimuktamadkan, KDN menyeru orang awam tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti agama dan perkauman yang boleh mendatangkan ketidakteraman awam.”

Sumber – FMT