Gempar!!! Identiti peguam ibu tunggal tiga anak muallaf berjaya dikenal pasti

Gempar!!! Identiti peguam ibu tunggal tiga anak muallaf berjaya dikenal pasti

Isu kontroversi melibatkan seorang ibu tunggal yang dipisahkan daripada tiga orang anaknya belum berakhir nampaknya.

Meskipun mahkamah telah membuat keputusan menyerahkan tiga anak yang diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah kepada ibunya, namun muncul pula isu lebih panas

Ini susulan dakwaan peguam Shamsher Singh Thind bahawa ibu tunggal tersebut berhasrat mencabar penukaran agama sepihak tiga orang anaknya menerusi semakan penghakiman.

Siapakah peguam bernama Shamsher Singh Thind ini? Lantas pihak netizen pantas menyelongkar maklumat berkaitan peguam tersebut.

Tidak lama masa diperlukan, akhirnya identiti peguam tersebut berjaya diperolehi. Tanpa disangka, rupa-rupanya peguam tersebut merupakan seorang penyokong tegar parti Pas.

Penemuan dianggap menggemparkan ini kerana sebelum ini Mufti Perlis, Sahibus Samahah Dr Mohd Asri Zainal Abidin begitu yakin mengaitkan isu ini dengan kerja jahat Dap.

Pengguna media sosial lantas mengaitkan sikap berdiam diri ahli dan pemimpin Pas dalam isu ini kemungkinan berhubung kait dengan perkara tersebut.

Lagipun Padang Merbok sedang diselenggara, mana mungkin himpunan bantahan boleh diadakan di sana, barangkali itulah hujah ahli Pas yang sanggup berbasikal ketika hadir ke program partinya sekarang ini.