Gempar!!! Ilmuan Islam ini pertahan keperluan sistem kuota VIP di masjid

Gempar!!! Ilmuan Islam ini pertahan keperluan sistem kuota VIP di masjid

Bagi yang cuba nak hapuskan kuota VIP di masjid ni, mari kita fikir sejenak dan cubalah kita lihat realiti di sekeliling. Di Masjidil Haram pun ada tempat khas VIP, di raudhah Masjid Nabi pun diperuntukkan tempat khas ada jika VIP datang. Nak ziarah Maqam Rasulullah SAW pun ada laluan khas. Nak cium Hajar al-Aswad pun orang buat laluan khas. Orang biasa tak boleh masuk Kaabah, VIP boleh dgn kebenaran khas. Beberapa PM Malaysia dah masuk dengan famili mereka. Kita marhaen pernah masuk? Apply 10 kali sehari bagi 100 justifikasi pun tak boleh. Sebab apa? Sebab kita bukan VIP. VIP ni tak minta pun atau tak bagi sebab pun, depa jemput masuk. Itu rezeki VIP. Kalau nak juga kita boleh cuba jadi VIP.

Layanan VIP di mana-mana pun berbeza dgn orang biasa. Itu realiti dan lumrah. Takkan orang yg menyumbang 1k, 10k sebulan kpd masjid kita tak beri apa2 token ganjaran keistimewaan kpdnya? Bagi slot khas utk solat pun salah ke sbg token penghargaan? Manusia apa kita ini sampai tak reti nak hargai jasa orang? Itu hak budibicara pengurusan masjid.

VIP juga ada privilege yg ditentukan undang-undang. Ada dalam sistem. VIP kerajaan contohnya, gaji dan elaun dapat lebih, ada kereta khas, ada driver, pembantu, bodyguard dsb ada rumah, ada itu ada ini khas utk penjawat jawatan itu. Ada pernah siapa pertikai? Tiada, sebab itu haknya yg diperuntukkan dlm sistem.

Tidak mengambil privilege itu pilihan sendiri, yang nak guna privilege, itu memang hak dia. Selalu org bawa contoh Allahyarham TG Nik Aziz yang hidup humble tidak ambil privilegenya. Itu pilihannya utk tawaduk dsb, tapi kalau beliau ambil semua privilegenya, itu haknya. Tiada siapa boleh pertikai.

Jadi yang nak marah sangat pada VIP ni pasai apa? Depa bukan ambik hak orang lain. VIP ni gunakan hak depa yang diperuntukkan secara sah. Depa bayar cukai lebih, beri khidmat lebih, beri sumbangan lebih dsb. Kena jadi manusia yg menghargai hak orang lain.

Kita yg bukan VIP, kalau nak jadi VIP pun boleh, tapi kena ada fulus. Nak naik flight business class kena bayar lebih, nak tunai haji first class kena bayar pakej zamrud, nak kereta mewah, rumah mewah ala VIP, kena keluar duit sendiri sebab tidak ditakdirkan jadi VIP.

Wallaupun kita bukan VIP di dunia, tapi kita masih berpeluang untuk menjadi VIP di akhirat, dengan rahmat Allah jua. Satu cara ialah utk mendapat rahmat Allah/ mengumpul pahala ialah dengan taat kepada Ulul Amri. Tak perlu kecoh sangatlah isu VIP solat Jumaat ni.

Saya ni orang marhaen biasa, bukan VIP, tapi saya iktiraf hak-hak VIP. Itu rezeki depa. Tak perlu jeles.

Akhirat nanti pun, para solihin pun ada VIP – al-Sabiqun al-Muqarrabun berbanding Ashab al-Maymanah. Syurga nanti pun ada level-level, yg paling atas Syurga Firdaus, khas VIP di sisi Allah SWT.

DSM