Gempar!!! Isu Ford Raptor libatkan Sanusi, Nini Siron mulakan proses tindakan undang-undang

Gempar!!! Isu Ford Raptor libatkan Sanusi, Nini Siron mulakan proses tindakan undang-undang

KENYATAAN MEDIA

Saya merujuk kepada kenyataan dan hantaran Facebook oleh Solhi Sharif (Mohamad Solhi bin Mohd Sharif), Afnan Hamimi (Afnan Hamimi bin Taib Azamudden) dan Harakahdaily (“pihak-pihak tersebut”) yang berbaur fitnah yang telah menyebabkan gangguan (harassment), pencerobohan privasi dan/atau data peribadi serta pembulian siber terhadap diri saya rentetan daripada kenyataan saya di Facebook bertarikh 5 Jun 2021 yang telah membangkitkan persoalan dan kemusykilan berkenaan isu keberadaan YAB Menteri Besar Kedah di Showroom Ford Autocity, Juru memandangkan negara sedang melaksanakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Saya ingin menegaskan bahawa isu yang telah saya bangkitkan berhubung keberadaan Menteri Besar Kedah adalah tulen, munasabah dan jauh sekali fitnah.

Akan tetapi, kenyataan dan hantaran pihak-pihak tersebut telah menyebabkan saya dihujani komen-komen negatif, kritikan yang teruk, kebencian, gangguan yang termasuk gangguan seksual dan/atau ancaman daripada pihak ketiga yang asing dan tidak saya kenali.

Sehubungan dengan itu, saya telah mengarahkan peguamcara saya Tetuan Faizal Rahman & Co mengeluarkan suatu Notis Tuntutan kepada pihak-pihak tersebut yang perlu ditangani segera menurut Notis Tuntutan tersebut.

Sekiranya pihak-pihak tersebut gagal untuk memenuhi terma-terma di dalam Notis Tuntutan tersebut, saya tidak akan teragak-agak untuk mengarahkan peguamcara saya meneruskan sebarang tindakan undang-undang bagi memperbaiki dan/atau melindungi kepentingan dan/atau reputasi saya dan keluarga.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Hanini Siron
18.8.2021