Gempar!!! Isu letak TH di bawah BNM, rupa-rupanya jemaah menteri telahpun luluskan 15 Julai lepas

Gempar!!! Isu letak TH di bawah BNM, rupa-rupanya jemaah menteri telahpun luluskan 15 Julai lepas

Keputusan Jemaah Menteri meletakkan Lembaga Tabung Haji (TH) bawah kawal selia Bank Negara Malaysia (BNM) perlu dipandang serius, kata PAS.

Naib Presiden Idris Ahmad menegaskan, TH merupakan institusi umat Islam yang sangat penting.

“PAS berpandangan sebarang keputusan yang melibatkan institusi penting ini perlu diperhalusi secara teliti oleh pakar dan pihak berkepentingan terhadap TH,” katanya menurut laporan Harakahdaily.

Idris berkata, penelitian itu penting supaya sebarang tindakan diambil tidak menjejaskan fungsi TH yang bukan hanya sekadar mengendalikan urusan haji tetapi menjadi institusi pemerkasa ekonomi umat Islam.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan pada 15 Julai lalu memaklumkan, Jemaah Menteri bersetuju dengan penyenaraian TH sebagai sebuah institusi kewangan Islam yang ditetapkan bawah Seksyen 223 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, dan dikawal selia BNM.

Sumber – FMT