Gempar!!! Isu PdPR, jawapan Radzi Jidin sangat mengejutkan

Gempar!!! Isu PdPR, jawapan Radzi Jidin sangat mengejutkan

PdPR

Di parlimen pagi tadi saya bangun bertanya soalan tentang masalah PdPR kepada yb menteri dr radzi jidin.

Ada 3 masalah utama. Peranti, data dan capaian internet. Bolehkah yb menteri jelaskan peratus capaian internet berdasarkan perkhidmatan 4G, 3G dan 2G di kawasan sekolah-sekolah luar bandar?

Menteri jawab .. itu bidang kuasa Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Ini masalah utama kerajaan sekarang. Menteri jaga wilayah tanggungjawabnya sahaja.

Tak kan lah masa KPM buat PdPR tak dikumpul dahulu maklumat dan status capaian internet seluruh negara?

Mana mungkin PdPR dibuat tanpa koordinasi dengan kementerian2 lain yang berkaitan sehingga menteri minta kita tanya kepada yang berkenaan soal capaian internet sekolah2 luar bandar?

Jenuh lagu ni 😇