Gempar!!! Jangan cabar ‘seat’ presiden, penganalisa dakwa wujud CSA antara Zahid dan Ismail
Perjanjian di sebalik tabir mungkin menjadi sebab Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi “berlembut” dalam hubungannya dengan Naib Presiden parti, Ismail Sabri Yaakob, yang kini menjadi Perdana Menteri.
Penganalisis politik berkata, Zahid mungkin tidak akan mengkritik keputusan Ismail melantik Muhyiddin Yassin menerajui Majlis Pemulihan Negara, walaupun Zahid tidak senang dengan bekas perdana menteri itu.
Oh Ei Sun daripada Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura membuat spekulasi bahawa puak Zahid dalam Umno masih sedang dalam proses membuat perjanjian dengan Ismail.
“Kita masih tidak tahu perjanjian jenis apa yang telah mereka capai atau cuba untuk capai,” katanya kepada FMT.
“Ia mungkin membabitkan kedudukan Zahid sebagai presiden tidak dicabar Ismail.”
Sebarang serangan berbentuk lisan boleh menjejaskan rundingan, tambahnya.
Sumber – FMT