Gempar!!! Kadar rendah vaksinasi 6 negeri, Ismail dedah kegagalan Khairy
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan supaya kadar vaksinasi di enam negeri ditingkatkan melebihi 50 peratus menjelang hujung bulan depan.
Perdana Menteri berkata, negeri berkenaan iaitu Terengganu, Perak, Johor, Kelantan, Kedah dan Sabah masih mencatatkan kadar pemberian vaksin di bawah 50 peratus setakat ini.
“Saya sudah berbincang dengan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM) dan Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) supaya tumpuan diberikan kepada enam negeri ini.
“Saya mahu menjelang hujung September ini, keenam-enam negeri ini mesti melebihi 50 peratus kadar vaksinasinya. Kalau awal, lagi bagus,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan pemberian vaksin AstraZeneca dos ke sejuta di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini.
Sumber – Berita Harian