Gempar!!! Kerajaan Indonesia beri kata dua kepada Malaysia

Gempar!!! Kerajaan Indonesia beri kata dua kepada Malaysia

Indonesia terbuka sekiranya Malaysia berhasrat membatalkan memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani antara kedua-dua negara berhubung perjanjian pengambilan pekerja.

Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono berkata, ia susulan MoU itu tidak dihormati susulan butiran dalam perjanjiannya tidak dipatuhi negara ini.

“Perkaranya mudah sahaja, MoU yang ditandatangani wajar dihormati, lebih-lebih lagi membabitkan dua negara serumpun, malah segala maklumat dan butiran mengenai perjanjian dinyatakan dalam MoU berkenaan.

“Kalau tidak bersetuju, terminate (batalkan) sahaja, boleh tulis surat untuk batalkan perjanjian itu, serah pada kedutaan dan kita akan sampaikan kepada pemerintah… itu tidak menjadi masalah,” katanya menurut portal FMT.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan Indonesia membekukan sementara kemasukan pekerja negara itu ke Malaysia, sejak kelmarin, berikutan Jabatan Imigresen terus menggunakan System Maid Online (SMO) biarpun kedua-dua negara bersetuju menggunakan satu saluran iaitu One Channel System (OCS) menerusi MoU.

Mengulas lanjut, Hermono berkata, menerusi MoU dimeterai juga sudah dinyatakan secara terperinci penggunaan sistem tunggal terbabit dengan objektif utama bertujuan melindungi pekerja dari sebarang penganiayaan, termasuk tidak dibayar gaji.

“Sistem SMO yang terus digunakan yang mana membenarkan pekerja Indonesia memasuki negara ini menggunakan visa pelancong sebelum memohon permit kerja adalah satu amalan yang ingin dihentikan oleh Jakarta kerana terdedah kepada risiko kerja secara paksaan,” katanya.

Semalam, FMT melaporkan, Hermono membidas keengganan Malaysia mematuhi MoU pembantu rumah negara itu, yang ditandatangani tiga bulan lalu itu dengan menyifatkannya sebagai “tidak menghormati” presiden Indonesia.

Hermono menegaskan bahawa OCS yang diperkenalkan dalam MoU itu terus dipintas oleh MOS – yang membenarkan pekerja Indonesia memasuki negara ini menggunakan visa pelancong sebelum memohon permit kerja, satu amalan yang ingin dihentikan oleh Jakarta kerana terdedah kepada risiko kerja secara paksaan.

MoU mengenai penempatan dan perlindungan pembantu rumah Indonesia ditandatangani, pada 1 Apr, itu disaksikan Presiden Joko Widodo dan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, di Jakarta.