Gempar! Kesatuan dedah ada pekerja yang mengalami kesengsaraan ketika ini

Gempar! Kesatuan dedah ada pekerja yang mengalami kesengsaraan ketika ini

Kesatuan Pekerja-Pekerja Perusahaan Elektrik (EIWU) menggesa kerajaan agar membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan simpanan daripada akaun 1 untuk meringankan beban pekerja yang terkesan akibat wabak Covid-19.

Setiausaha agungnya, Md Zaimi Muhamad Yusof berkata Eiwu berkongsi pandangan yang sama dengan agensi bukan kerajaan, ahli politik dan pakar akademik yang menyokong langkah tersebut.

“Tak dapat disangkal lagi bahawa pekerja yang paling terkesan ekoran kehilangan pekerjaan adalah dari kalangan B40 dan M40.

“Meskipun kerajaan ada beri bantuan seperti Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) meringankan beban pekerja terlibat, ia hanya bantuan kecil untuk meringankan beban yang besar,” katanya dalam kenyataan semalam.

Md Zaimi turut membangkitkan kenyataan CEO KWSP Tunku Alizakri Alias bahawa masalah akan timbul pada masa hadapan jika pekerja dibenarkan mengeluarkan wang dari akaun tersebut.

“Kenyataan yang dikeluarkan oleh CEO KWSP bahawa kerajaan telah memberikan banyak bantuan seara terus menerusi pakej Prihatin, Prihatin SME +, Penjana dan Kita Prihatin tidak relevan dan bukanlah respons terhadap isu-isu yang dibangkitkan,” katanya.

Walaupun Tunku Alizakri bimbang akan masa depan pekerja, dia berkata EIWU turut melihat persoalan sama ada perlindungan kebajikan pekerja pada masa ini terjamin.

“Jika dana pekerja dalam KWSP tidak dapat bantu kesengsaraan yang diadalami oleh segelintir golongan pada masa ini, apa perlunya KWSP memberi penekanan berhubung masa depan pencarumnya?

“Hakikatnya, rumah pekerja berisiko dilelong, kos sara hidup mengancam mereka, kenderaan mereka ditarik dan akhirnya kesihatan mereka – sama ada secara fizikal atau psikologi – merosot secara akibat berdepan kesengsaraan,” katanya lagi.

Md Zaimi berkata lagi, kenyataan KWSP yang mendedahkan bahawa RM11 billion telah dikeluarkan oleh pencarum dari Akaun 2 menerusi program i-Lestari sejak April lalu membuktikan pekerja sememangnya terkesan akibat wabak itu.

Katanya, tidak masuk akal untuk menghalang pekerja daripada mengeluarkan wang caruman mereka sendiri di saat mereka berisiko mengambil langkah terdesak, termasuk meminjam daripada ‘lintah darat’.

Sumber: Malaysiakini