Gempar!!! KKM dakwa Adham Baba punca kejayaan atlet angkat berat Filipina menang emas Olimpik

Gempar!!! KKM dakwa Adham Baba punca kejayaan atlet angkat berat Filipina menang emas Olimpik

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba adalah antara individu yang menyumbang kepada kejayaan jaguh angkat berat Filipina, Hidilyn Diaz merangkul emas pertama buat negaranya di Olimpik Tokyo 2020.

Dalam satu kenyataan media Menteri Kesihatan hari ini, Dr Adham turut bertanggungjawab membantu atlet itu menerima suntikan vaksin COVID-19.

Hidilyn, atau lebih mesra dikenali sebagai Hidi, pernah terkandas di Jasin, Melaka sejak tahun lalu akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Dr Adham adalah insan yang bertanggungjawab membantu Hidi menerima suntikan vaksin AstraZeneca sehingga melayakkan Hidi dan pasukannya dapat berangkat ke Tokyo, Jepun.

“Surat yang dihantar oleh Tuan Yang Terutama Charles C. Jose, Duta Besar ke Malaysia kepada Dr Adham telah diberikan kelulusan segera oleh Menteri Kesihatan Malaysia untuk membantu atlet ini yang pada ketika itu sedang menjalani latihan di Jasin, Melaka,” menurut kenyataan itu.

Akibat terkandas di Malaysia, kisah Hidilyn menjadikan garaj rumah keluarga angkatnya di Jasin sebagai lokasi latihan mencuri perhatian dunia.

Pemilik rumah berkenaan, Ahmad Janius Abdullah yang juga Timbalan Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) membuat beberapa pengubahsuaian di rumah pusaka ibu mertuanya di Kampung Kesang Tua bagi membantu latihan Hidilyn.

Atlet berusia 30 tahun itu melakar sejarah apabila muncul atlet pertama Filipina meraih pingat emas Olimpik dalam acara angkat berat wanita bagi kategori 55 kilogram pada Isnin.

Sumber – AstroAWANI