Gempar!!! KP KKM, Noor Hisham hadir mesyuarat PAC di bangunan Parlimen

Gempar!!! KP KKM, Noor Hisham hadir mesyuarat PAC di bangunan Parlimen

Mesyuarat PAC tetap diadakan di bangunan Parlimen hari ini meskipun mendapat arahan digantung dari dibuka oleh KKM semalam. Ini merupakan mesyuarat kali ke-empat jawatankuasa tersebut bagi membincangkan isu perolehan vaksin Covid-19.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba bersama Ketua Pengarahnya, Noor Hisham Abdullah telah hadir sebagai saksi utama sekalipun semalam KKM melalui kenyataan Noor Hisham telah mencadangkan sesi parlimen digantung selama 14 hari bagi mencegah penularan Covid-19 di bangunan tersebut.

Menurut pengerusinya Wong Kah Woh, polis pada mulanya enggan membenarkan mereka masuk ke bangunan parlimen susulan sekatan daripada KKM, namun setelah diberi amaran kesalahan menghalang urusan parlimen boleh didakwa di bawah undang-undang, mereka akhirnya dibenarkan masuk.

Netizen turut menularkan gambar Noor Hisham yang sedang bermesyuarat sambil memamuatkan kapsyen ‘boleh pulak masuk parlimen?’