Gempar!!! Lantik abang ketuai NAFAS, Ismail didakwa langgar janji pembaharuan

Gempar!!! Lantik abang ketuai NAFAS, Ismail didakwa langgar janji pembaharuan


Media sosial hari ini digemparkan dengan berita pelantikan pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan atau nama singkatannya NAFAS yang baharu.

NAFAS agensi yang terletak di bawah Kementerian Pertanian hari ini mengumumkan pelantikan YH. Dato Haji Zamri Yaakob sebagai pengerusi barunya menggantikan Ybhg. DR Anis Mahmud.

Namun timbul dakwaan bahawa Zamri merupakan abang kandung kepada Ismail Sabri, PM Malaysia ke-9. Dalam carian segera pengguna media sosial menaikkan gambar pasangan adik beradik tersebut dan jika diteliti memang jelas sama dengan wajah pengerusi baru tersebut.

Malah ada yang membangkitkan persoalan adakah Umno yang dahulu, yang terkenal dengan amalan kronisma dan nepotisma telah muncul kembali. Jika benar dakwa mereka, tiada ertilah perjanjian reformasi bipartisan yang ditandatangani antara Ismail dan Pakatan Harapan baru-baru ini.

Sehingga kini, dakwaan tersebut masih belum mendapat respon dari Ismail.