Gempar! Mayat lelaki dalam guni dijumpai di tepi jalan, dah seminggu mati

Gempar! Mayat lelaki dalam guni dijumpai di tepi jalan, dah seminggu mati

 

Satu mayat yang sudah mereput ditemui di tepi sebuah jalan pada Khamis (13 Januari).

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S Vijaya Rao, mayat dipercayai lelaki itu ditemui oleh orang awam di Jalan Persiaran Aman Perdana 1, Klang sebelum mereka memaklumkannya kepada polis pada jam sekitar 6.10 petang.

Jelau beliau, siasatan awal mendapati mayat itu hanya memakai kain sarung berwarna biru dan tidak berbaju dan dipercayai sudah meninggal dunia kira-kira satu minggu.

“Mayat itu dalam keadaan berbungkus di dalam guni putih.

“Selain itu, keadaan mayat dipercayai lelaki itu telah mulai mereput dan disyaki telah meninggal dunia kira-kira seminggu lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Mayat tersebut kemudiannya telah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Polis dalam masa sama turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superintendan You Swee Leong di talian 012-4071452 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara pada talian 03-32912222 serta mana-mana balai polis berhampiran.