Gempar!!! Menjelang penamaan anggota kabinet baharu, Peja terdesak lobi jawatan gunakan Raja-Raja Melayu

Gempar!!! Menjelang penamaan anggota kabinet baharu, Peja terdesak lobi jawatan gunakan Raja-Raja Melayu

Siapa yang tidak mengenali Peja, sosok yang memiliki berpewatakan lucu dan santai.Tiada siapa pernah menyangka dia pernah menyandang jawatan MB Perak sebanyak dua kali dalam dua buah kerajaan berbeza sebelum digulingkan Umno melalui undi percaya hujung tahun lepas.

Hayat politiknya kelihatan suram selepas peristiwa tersebut, sebelum kembali bersinar apabila dilantik sebagai penasihat bertaraf menteri kepada YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Meskipun pelantikan tersebut terpalit dengan kontroversi apabila menjadi tempat rakyat melampiaskan kemarahan terhadap Muhyiddin gara-gara tindakannya membesarkan lagi saiz kabinet sedia ada.

Ianya secara tidak langsung telah menambah lagi beban kewangan negara yang sedang berada dalam kemuraman ekonomi akibat pandemik Covid-19 yang tidak berkesudahan.

Ternyata pelantikannya sebagai penasihat dituduh membawa sial yang tidak dapat dimaafkan penyokong PN apabila tidak pun sampai 2 minggu dilantik, Muhyiddin dipaksa meletakkan jawatan oleh Umno.

Malah mereka menganggap nasihat Peja lah punca kepada perletakan jawatan Muhyiddin, kejadian sama berlaku terhadapnya di Perak sebelum ini,

Kini selepas tidak lagi menjadi parti teras dalam kerajaan, Peja dilihat semakin terdesak memposisikan dirinya bagi merebut jawatan menteri kabinet.

Dengan jawatan sebagai Timbalan Presiden Bersatu, amatlah janggal sekiranya tidak diberikan apa-apa jawatab kabinet. Malah sebelum ini juga namanya juga tidak tersenarai sebagai salah seorang daripada calon TPM mewakili Bersatu meskipun menyandang jawatan kedua tertinggi parti tersebut.

Terbaru tular disosial media gambar beberapa pemidang dengan gambarnya bersama Agong dan Sultan Perak kelihtan dinaikkan di beberapa tempat disekitar kawasan Tambun, parlimen yang dimenanginya sewaktu PRU-14 dahulu.

Menurut pembaca, mereka.sendiri keliru tujuan menaikkan pemidang tersebut. Ada yang berpendapat itu sebagai cara mencuci imej derhaka yang begitu hangat dipalitkan kepada partinya ketika krisis sidang parlimen baru-baru ini.

Namun ada juga yang menganggap ianya cara Peja melobi jawatan kabinet yang akan dipersembahkan Ismail Sabri kepada YDPA dalam tempoh terdekat ini.

Apa jua alasannya, rata-rata pengguna media sosial menganggap perbuatannya menaikkan pemidang dengan gambar bersama Agong dan Sultan Perak itu sangat tidak sesuai. Mereka menganggap kemuliaan institusi Raja-Raja Melayu tidak seharusnya dijadikan bahan dagangan bagi menarik sokongan politik mana-mana pihak.