Gempar!!! Menteri kantoi menari ketika korban banjir sudah melepasi 30 nyawa

Gempar!!! Menteri kantoi menari ketika korban banjir sudah melepasi 30 nyawa


Ketika rakyat menangis bencana banjir yang turut mengorbankan nyawa, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) menganjurkan majlis tari menari.

Ia turut dihadiri Menteri Pelancongan Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri. Majlis suka ria itu telah diadakan hari Selasa, 21 Disember lepas ketika pasukan penyelamat bertungkus lumus menyelamatkan rakyat yang terperangkap banjir dan kehilangan harta benda serta nyawa.

Tarian itu telah diadakan di Eastin Hotel Seksyen 16 sempena Majlis Ramah Mesra Alumni Aswara.

Seorang pelajar akademi tersebut, Aliff Haiqal berkata majlis itu sepatutnya ditangguhkan memandangkan negara sedang dilanda musibah dan mala petaka.

Menurut Aliff, ini berbeza sekali dengan sikap keras Aswara yang tidak mengendahkan rayuan beliau dan teman-temannya yang terkesan banjir untuk menangguhkan kelas.

Mereka tetap dipaksa menyertai kelas online. Sekiranya ada rayuan, pihak akademi tersebut mahukan mereka mengisi borang digital secara online.

“Kami terkena banjir wahai institusi pendidikan, banjir!!! Mana nak dapat talian internet? Mana nak cas telefon bimbit? Mana nak isi borang?. Tiadakah rasa simpati,” kata Aliff.

Sumber – Zunar Cartoonist Fan