Gempar!!! Menteri Kesihatan, Adham Baba buat laporan polis terhadap Dr. Musa Nordin

Gempar!!! Menteri Kesihatan, Adham Baba buat laporan polis terhadap Dr. Musa Nordin

Pakar Pediatrik KPJ, Dr. Musa Nordin mendakwa dirinya berdepan siasatan polis berikutan satu laporan polis telah dibuat ke atasnya oleh Menteri Kesihatan, Adham Baba baru-baru ini.

Menurutnya, berita itu diketahui melalui ciapan wartawan TheVibes, Emmanuel Samarathisa di laman twitternya dimana telah menyertakan kenyataan media Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba bertarikh 5 Ogos lalu.

Dalam laporannya, Adham Baba memetik dakwaan Dr. Musa bahawa Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV) telah tidak membuat perolehan vaksin jenis Moderna dan Bahagian Regulatori Farmaseutikal Negara (NPRA) masih tidak mendaftarkan vaksin berkenaan kerana tidak diberikan sogokan yang mencukupi (not enough kickbacks).

Dakwaan itu dilakukan Dr. Musa dalam satu temu bual di saluran Astro Awani yang kemudiannya telah dilaporkan dalam portal Malaysia Now bertarikh 3 Ogos 2021.

Walaubagaimanapun, Dr. Musa dalam respon terhadap laporan polis tersebut menyertakan ciapan transkrip jawapannya ketika sesi temu bual bersama stesen penyiaran swasta tersebut untuk rujukan pengikutnya.

Untuk makluman, Dr. Musa antara pakar perubatan yang terkenal lantang dengan pendekatan yang diambil KKM dalam memerangi serangan Covid-19 di negara ini.