Gempar!!! Najib bersedia ke penjara dedah perolehan terkini kerajaan Muhyiddin

Gempar!!! Najib bersedia ke penjara dedah perolehan terkini kerajaan Muhyiddin

Bekas perdana menteri Najib Razak sedia berdepan siasatan bawah Ordinan Darurat berita palsu dan sanggup membayar denda RM100,000 jika senarai pinjaman dan penjualan aset negara pada 2021 didedahkannya tidak sahih.

“Saya sedia disiasat di bawah Ordinan Darurat berita palsu dengan denda RM100k sekiranya senarai ini tidak sahih sebab saya dapatnya dari sumber rasmi kerajaan,” katanya di Facebook.

Beliau berkata, pinjaman berjumlah RM115.53 bilion itu adalah dana tambahan selain daripada hasil kerajaan yang biasa dikutip, justeru beliau berasa rakyat dan wakil rakyat berhak mempersoalkan saluran dana tersebut.

“Tapi ianya juga hak untuk rakyat dan wakil rakyat bertanya kenapa bantuan PKP 2.0 dan PKP 3.0 tahun ini yang sewajarnya yang dinanti-nantikan tidak disegerakan sekiranya dana sebesar RM115.53 bilion telah diperoleh?.”

Merujuk senarai diambilnya daripada sumber rasmi kerajaan, Najib menerusi Facebooknya memperincikan dakwaan usaha pengumpulan dana yang dipercayai, termasuk RM5 bilion diambil daripada Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) dan hasil daripada penempatan saham Telekom Malaysia Bhd, Khazanah Nasional Bhd serta penjualannya dalam syarikat semikonduktor SilTerra.

Daripada RM115.53 bilion, senarai itu mendakwa bahawa lebih RM87 bilion datang daripada pinjaman dalam negeri, dengan satu pinjaman itu dijangka dibawa keluar pada Isnin (24 Mei).

“Ianya memang hak kerajaan untuk meminjam RM115.53 bilion sejak permulaan tahun 2021 ke 22 Mei ini untuk berbelanja sesuka hati selepas Akta Kewangan yang mengawal dan memantau perbelanjaan kerajaan digantung melalui satu lagi Ordinan Darurat,” katanya.

Menurut Ahli Parlimen Pekan itu lagi, dana tersebut seharusnya digunakan untuk membantu rakyat, dengan itu sekatan penuh lebih ketat selama 21 hari dapat dilaksanakan dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19.

“Gunakanlah dana tambahan amat besar ini untuk bantu rakyat dan buat sekatan pergerakan paling ketat untuk 21 hari untuk putuskan rantaian Covid-19.

“Ataupun dana tersebut kebanyakan telah dihabiskan untuk lagi banyak projek-projek bermanfaat seperti projek 3 dewan bernilai RM35 juta?,” soalnya. – FMT