Gempar!!! Niat untuk tidur terbantut, wanita trauma temui 18 ekor ular bawah katil

Gempar!!! Niat untuk tidur terbantut, wanita trauma temui 18 ekor ular bawah katil

SEORANG wanita terkejut apabila mengetahui terdapat 18 ekor ular di bawah katil di rumahnya ketika dia hendak tidur.

Trish Wilcher pada awalnya menganggap ‘benda’ itu seperti kepingan sawang namun selepas diteliti kali kedua, ternyata kepingan sawang yang berwarna kelabu itu merupakan seekor ular besar yang baru melahirkan 17 ekor anak.

Kisah ini dikongsi sendiri oleh Wilcher menerusi akaun Facebook miliknya.

Ujar Wilcher, pengalaman ngeri selepas menyedari kewujudan 18 ekor ular tersebut menjadikan dia serik untuk berada di dalam rumahnya sendiri.

Menurut Wilcher, 18 ekor ular tersebut merupakan reptilia jenis ular Dekay dan tidak mempunyai bisa. Wilcher bertindak melepaskan ular-ular tersebut di sebuah sungai tanpa membunuhnya.

Sumber – Mstar