Gempar!!! OCPD Nilai dedah Pejabat Peguam Negara sendiri enggan dakwa kesalahan rentas daerah terhadap Neelofa dan Riz

Gempar!!! OCPD Nilai dedah Pejabat Peguam Negara sendiri enggan dakwa kesalahan rentas daerah terhadap Neelofa dan Riz

RAMAI mempersoalkan mengapa selebriti Neelofa dan suaminya, Haris Ismail hanya berdepan dua pertuduhan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Masyarakat tertanya-tanya apa terjadi dengan siasatan terhadap isu utama iaitu pergerakan rentas negeri ke Nilai di Negeri Sembilan berhubung dakwaan untuk membeli karpet pada 2 Mei lalu.

Menjelaskan mengenai isu berkenaan,
Ketua Polis Daerah Nilai, Superitenden Mohd Fazley Ab Rahman berkata pihaknya sememangnya menjalankan siasatan terperinci berhubung kes rentas negeri.

Bagaimanapun ujarnya, pihak Pejabat Peguam Negara hanya bersetuju agar pertuduhan dibuat bagi isu imbasan aplikasi MySejahtera dan tidak memakai pelitup muka.

Isu rentas negeri memang ada dalam kertas siasatan, kita dah rujuk Pejabat
Peguam Negara… apa-apa keputusan (pertuduhan) dibuat oleh Peguam Negara.

“Setakat ni, itu sahaja yang kita tengok bagi keseluruhan siasatan.

“Dalam isu ini, bukti yang ada lebih dekat kepada isu MySejahtera dan pelitup muka,’l katanya kepada mStar pada Khamis.

Untuk rekod, menerusi prosiding pada pagi Khamis di Mahkamah Majistret Seremban Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 32, dan Haris atau Pencetus Ummah (PU) Riz, 26, mengakui tidak bersalah bagi semua pertuduhan terhadap mereka.

Majistret Mahyun Yusof membenarkan Neelofa dikenakan jaminan sebanyak RM5,000 bagi satu pertuduhan iaitu gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk ‘check in’ di dalam premis atau menulis secara manual.

Sementara itu Riz pula dikenakan jaminan sebanyak RMI 0,000 atas dua pertuduhan iaitu gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera dan tidak memakai pelitup muka di tempat awam – Mstar Online