Gempar!!! Pakar kesihatan dedah pembelian 500 buah ambulan baru mengarut, buang duit

Kepada pengurusan tertinggi kerajaan yang amat saya hormati,
Saya inginkan sedikit pencerahan.
Kenapa ya kita perlu membuang duit membeli 500 ambulan mahal? Kita tidak perlu “negative pressure ambulances” yang saya kira mahal. Staf kita semua ber-PPE didalam ambulan.
Saya ada beberapa cadangan yang lebih kritikal untuk dipenuhi dan lebih penting; pada pendapat saya. Saya mohon maaf dulu, sebab mungkin saya salah.
1. Wad-wad di hospital perlu ubahsuai dan letak HEPA filter. Kami tidak cukup bilik-bilik di ICU dan wad yang ada “negative pressure”. Staf hospital merawat COVID19 berisiko tinggi kerana ini tidak cukup. Intubasi dan bantuan pernafasan merata-rata. Kami sangat perlu negative pressure di hospital; bukan di dalam ambulans🙏.
2. Pegawai-pegawai perubatan kontrak yang bekerja keras itu sepatutnya didahulukan. Berikan mereka permanent posts (jawatan tetap) dan elaun yg sepatutnya.
Ramai rakyat merana diluar sana.
Aspek kesihatan penting ya; tapi saya berpendapat pembelian ambulan mahal ini tidak kos-efektif.
Walaubagaimanapun, saya hanya sekadar bertanya. Saya tidak faham.
Mohon pencerahan ya.
Ini link artikel: More negative pressure ambulances to be procured to ferry Covid-19 patients — Dr Adham | The Edge Markets https://www.theedgemarkets.com/article/more-negative-pressure-ambulances-be-procured-ferry-covid19-patients-%E2%80%94-dr-adham?dc_data=7580551_huawei20-browser-malaysia-english&utm_source=taboola&utm_medium=referral&ui=HHUI-2a56e04dadcbccf38c361a893792f7c3dcdd47584f69f7bd6e500b41444bbd0a
Ini sekadar soalan dari saya dan tidak mewakili mana-mana.
Rafidah Abdullah
Sekadar rakyat marhaen.
Sumber : FB Rafidah Abdullah