Gempar!!! Pakar pertikai bagaimana vaksin Sinovac boleh lepasi kawalan sempadan negara tanpa kelulusan NPRA?

Gempar!!! Pakar pertikai bagaimana vaksin Sinovac boleh lepasi kawalan sempadan negara tanpa kelulusan NPRA?

Vaksin COVID-19 Sinovac yang akan tiba di negara ini esok, belum mendapat kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata penghantaran vaksin itu hasil kerjasama Sinovac dengan Pharmaniaga Logistics adalah dalam bentuk ‘fill and finish’ (pemindahan teknologi, logistik, rantaian pengedaran) membabitkan iaitu proses akhir pengisian vaksin ke dalam bebuli sebelum diedarkan.

Katanya, NPRA sedang membuat penilaian vaksin berkenaan dan maklumat keberkesanan belum diperoleh.

“Kita lihat kepada keselamatan dan kestabilan bekalan vaksin Sinovac ini,” katanya dalam sesi libat urus bersama media secara dalam talian, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Cawangan Pengurusan Farmasi Logistik Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi KKM, Norhuda Mohd Tajuddin, berkata NPRA masih membuat penilaian terhadap vaksin Sinovac.

“Kita belum dapat memutuskan tahap keberkesanan vaksin berkenaan sehingga penilaian itu selesai,” katanya.

Difahamkan, wujud pertikaian mengenai keberkesanan Sinovac berikutan ujian klinikal di negara yang menggunakan vaksin berkenaan berbeza.

Berdasarkan data interim, ujian klinikal fasa ketiga Sinovac di Turki, membabitkan 7,000 sukarelawan mencatat keberkesanan 91.25 peratus, manakala Indonesia dengan 1,600 sukarelawan merekodkan keberkesanan 65 peratus.

Kajian klinikal fasa ketiga Sinovac di Brazil melakar kejayaan 100 peratus apabila tiada petugas barisan hadapan di negara itu memerlukan rawatan rapi atau meninggal dunia selepas mendapat suntikan.

Malaysia dijadual menerima vaksin Sinovac dari China esok, menjadikannya bekalan kedua bagi vaksin COVID-19 dalam tempoh seminggu selepas Pfizer-BioNTech diterima Rabu lalu.

Vaksin Sinovac yang juga dikenali sebagai CoronaVac, diperoleh menerusi perjanjian bekalan meliputi sebanyak 14 juta dos yang dimeterai antara Pharmaniaga Bhd dan syarikat farmaseutikal China, Sinovac Life Sciences Co Ltd. – BH