Gempar!!! Pasangan ditemui mati dalam sebuah bilik

Gempar!!! Pasangan ditemui mati dalam sebuah bilik

Seorang wanita dan lelaki ditemui mati dalam sebuah bilik di rumah teres setingkat Sri Semarak, dekat Wangsa Maju hari ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Ashari Abu Samah berkata, mayat mangsa berusia 50 dan 51 tahun itu ditemui dalam keadaan terbaring dalam bilik kira-kira 1 tengah hari tadi.

Difahamkan, tiada kesan kecederaan atau darah ditemui pada mayat kedua-dua mangsa itu.

Ashari berkata, siasatan masih dijalankan sebelum kes itu boleh diklasifikasikan sebagai kes bunuh atau mati mengejut.

“Pasukan forensik polis dan bomba berada di lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan. Bomba membantu kita memasuki rumah itu kerana pintunya berkunci dari dalam.

“Maklumat lanjut termasuk hubungan dua mangsa terbabit masih dalam siasatan. Kita akan keluarkan kenyataan media berkaitan kes itu dalam masa terdekat selepas mendapat maklumat penuh,” katanya menurut laporan Berita Harian.