Gempar!!! Payudara diraba & pipi dicium, gambar pengunjung zoo dicabul tular

Gempar!!! Payudara diraba & pipi dicium, gambar pengunjung zoo dicabul tular

Seekor orang utan menjadi tular apabila rakaman foto memaparkan dia cuba memegang payudara seorang pengunjung wanita dimuat naik di media sosial, lapor akhbar Kosmo semalam.

Pelancong wanita,  Angel Orangelor berkunjung ke Safari World di ibu negara Thailand, Bangkok pada 10 Ogos lalu.

Dia meminta rakannya untuk merakam  gambar bersama orang utan jantan itu sebelum tangan haiwan itu ‘merayap’ pada  bahagian dadanya.

Orang utan itu seperti menyedari tindakan tidak sopan itu apabila melemparkan senyuman nakal, mencium pipi wanita itu dan disambut gelak tawa oleh Orangelor.

“Orang utan itu hanya cuba menunjukkan kasih sayang kepada saya. Ia kelihatan sangat comel dan sangat mesra.

“Rakan-rakan saya fikir ia lucu. Kami mempunyai ikatan yang sebenar,” kata  Orangelor secara berjenaka .

Bangkok Safari World membenarkan pelawat bergambar dengan orang utan di situ dan mengatakan, orang utan berkait rapat dengan manusia kerana mempunyai 97 peratus genetik yang sama.