Gempar!!! Pelakon wanita Malaysia ini mengaku lakonkan aksi ranjang dalam drama terbarunya

Gempar!!! Pelakon wanita Malaysia ini mengaku lakonkan aksi ranjang dalam drama terbarunya

Melakonkan babak ranjang, pelakon Jasmine Suraya mengakui malu untuk menonton semula aksinya itu dalam drama bersiri Villa Kristal.

“Mungkin kita yang menonton akan nampak macam adegan seks tapi itu hanya camera angle, tak ada bersentuhan tubuh pun… memang babak tu nampak daring tapi tak macam tu pun.

Bagaimanapun, Jasmine, 32, menjelaskan babak panas yang dilakukan itu dengan bantuan teknik kamera.

“Saya tak boleh tengok watak yang saya lakonkan itu… sejujurnya saya fikir dua kali sebelum terima tawaran ini tapi ingin saya tegaskan itu bukan Jasmine Suraya, itu watak wanita bernama Angel.

“Semasa menerima skrip drama ini, pengurusan saya dah maklumkan kepada produksi apa yang boleh dan tak boleh, malah semasa di set penggambaran pun pengarah bertanya keselesaan saya. Sejujurnya agak malu juga semasa lakonkan babak itu,” katanya seperti dilaporkan portal MStar.

Jasmine ditemui semasa pelancaran drama bersiri Villa Kristal yang diadakan di OpenHouse, KLCC, Kuala Lumpur pada Selasa.

Selain Jasmine, drama eksklusif yang bersiaran di platform digital WeTV ini turut dibintangi oleh Mimi Lana, Mawar Rashid, Tiz Zaqyah, Fadlan Hazim dan Nazrief Nazri.

Memang sangat berbeza karakter ini dengan peribadi saya, jadi penonton kena tonton dahulu drama ini dan barulah boleh menilai watak itu.

Drama 13 episod arahan Kabir Bhatia dan Jason Chong ini boleh distrim menerusi aplikasi atas talian itu tidak lama lagi.

Dalam pada itu, pelakon filem Marabahaya Underground ini berkata dia seronok apabila diberi peluang berlakon bersama tiga lagi aktres hebat dalam drama ini.

“Memang seronok satu set dengan pelakon lain… masing-masing ada karakter tersendiri. Bagi saya ini cerita yang kita dah lama tak tengok, macam filem Sex And The City, Desperate Housewive dan Pisau Cukur.

“Ya memang ada beberapa babak mengejutkan tapi saya hanya bawa watak sahaja, kalau nak benci, bencilah Angel… tapi sebenarnya Angel ni tak jahat pun cuma dia ada pendirian buat apa sahaja yang dia mahu.

“Memang sangat berbeza karakter ini dengan peribadi saya, jadi penonton kena tonton dahulu drama ini dan barulah boleh menilai watak Angel itu,” ujarnya.