Gempar!!! Pemuda Amanah Pulau Pinang mengamuk, anggap pemimpin PH tandatangan ‘Perjanjian Syaitan’ dengan Ismail

Gempar!!! Pemuda Amanah Pulau Pinang mengamuk, anggap pemimpin PH tandatangan ‘Perjanjian Syaitan’ dengan Ismail

Setiap manusia ada pegangan, Nana tak bersetuju dengan menda ni. Ini adalah satu penghinaan yang besar pada mandat rakyat yang diberi. Sepatutnya PH kena terus lawan menda yang salah dan tidak berintigriti bukannya bekerjasama dengan perosak negara.

Dulu kita marah PAS kerana nak bersama UMNO tapi sekarang kita menyata sokongan pada pemimpin UMNO yang ditolak rakyat pada PRU 14. Apakah kerana kes peribadi hingga terpaksa bersujud pada yang mungkar?

PH dah perlu reform dan letakkan wajah baru seperti YB Adly, Rafizi Ramli, YB Stephen Sim, YB Nurul Izzah, YB Hannah Yeoh, YB Sany Hamzan, YB Faiz Fadzil dan banyak lagi yang berbakat dan mampu untuk menerajui PH dengan lebih baik dari sekarang.

Rakyat sedang menilai perjalanan perjuangan PH, namun dengan terjadinya peristiwa ini maka rakyat akan merasakan tiada lagi tempat untuk mereka percaya bagi melakukan perubahan positif pada negara.

Dengan menandatangani “perjanjian setan” ini maka PH telah hilang dasar perjuangan yang asal, maka sekali lagi rakyat rasa tertipu. Nana berharap agar dibincangkan semula dan menarik diri semula apa yang telah ditandatangani “perjanjian setan” ini dan teruskan berjuang berdasarkan perjuangan yang telah disokong dan diharap oleh rakyat Malaysia.

Sekiranya PH masih meneruskan dengan khianat rakyat dan tidak membatalkan “perjanjian setan” ini maka siallah pimpinan PH semua yang telah khianati mandat rakyat.

Psst: Jangan pernah sesekali khianati rakyat, ingatlah doa orang yang terainaya tiada hijab.

Jangan kata Nana tak payung.

#NanaJaKaNaTaPa
#HilangHormat
#KembalikanMandatRakyat
#JanganBacul
#BerkataBenarWalauPahit

GHAZALI ISMAIL
AJK Pemuda AMANAH Pulau Pinang