Gempar!!! Pendedahan terbuka IGP sahkan kewangan negara ketika ini sangat kritikal

Gempar!!! Pendedahan terbuka IGP sahkan kewangan negara ketika ini sangat kritikal

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador membayangkan kesanggupan beliau mengumpul tujuh dulang hati nyamuk sekiranya itu syarat yang diberikan oleh kerajaan untuk menambah anggota bagi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.

Suara hati Abdul Hamid itu menggambarkan seriusnya beliau bagi membanteras ancaman dadah yang semakin berkeluasa di negara ini.

“Saya hanya ingin berkongsi dengan masyarakat bahawa ancaman dadah ini cukup berat dan saya merayu, biarlah saya menghantar tujuh dulang hati nyamuk pun sebagai syaratnya kepada pihak JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) untuk mendapatkan kekuatan tambahan, perjawatan tambahan untuk Jabatan Narkotik.

“Saya akan kerahkan anak buah saya kumpulkan tujuh dulang hati nyamuk untuk diberikan. Begitu serius, saya tidak mahu dituduh kemudian hari sebagai seorang IGP (Ketua Polis Negara) yang gagal menangani ancaman dadah, menular hingga ke dalam balai polis sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penutup Kursus Asas Konstabel Orang Asli siri 1/2020 di Lapang Sasar Utana Briged Utara PGA Ulu Kinta, di sini pada Isnin.

Abdul Hamid berkata, beliau menyedari kekangan kewangan yang dihadapi oleh kerajaan tetapi masalah dadah mendadak naik dan memerlukan perjawatan tambahan.

Dalam masa sama, pihak polis, katanya, sedia mengambil kurang anggota untuk jabatan atau cawangan tertentu demi untuk menguatkan jabatan yang menerima ancaman mendadak secara tiba-tiba. – AA