Gempar!!! Peserta I5r43l dalam Terbuka Malaysia, rakyat tuntut penjelasan Muhyiddin

Gempar!!! Peserta I5r43l dalam Terbuka Malaysia, rakyat tuntut penjelasan Muhyiddin

Ketika Israel menyerang kejam penduduk Palestin bermula 10 akhir Ramadhan baru-baru ini, Malaysia digemparkan dengan penyertaan 2 pemain negara haram tersebut dalam kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2021.

Kejohanan yang dijangka berlangsung pada 25 – 30 May ini di Axiata Atena, Bukit Jalil bagaimanapun telah ditangguhkan atas sebab peningkatan kes Covid-19 negara.

Dalam masa yang sama, warganet mempersoalkan kewajaran negara pimpinan Mahyuddin yang masih terus membuka pintu kepada warga yahudi untuk datang kenegara ini memandangkan negara Malaysia tiada mempunyai hubungan diplomatik dengan negara haram tersebut.

Malah ada yang berpendapat kehadiran 2 pemain badminton yahudi tersebut bakal mencetus ancaman keselamatan buat negara setelah negara haram tersebut mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa Malaysia antara negara yang bakal menerima kesan hasil sokongan rakyat negara ini kepada perjuangan Palestin.

Menurut warganet lagi, umum telah maklum setiap rakyat haram yahudi Israel telah diwajibkan menjalani latihan ketenteraan termasuk kerja-kerja perisikan melalui laluan sukan.

Sebelum ini, seorang pensyarah Unikl warga Palestin telah ditembak mati ketika dalam perjalanan mengimamkan solat subuh di surau berhampiran rumahnya di Kuala Lumpur dipercayai dilakukan ejen Mossad negara haram tersebut.

Justeru sewajarnya Muhyiddin membuat keputusan tegas melarang penyertaan 2 peserta yahudi tersebut dari diterima menyertai kejohanan ulung yang tersenarai sebagai salah satu daripada kejohanan Super Series BWF ini bagi mengelakkan keselamatan negara terdedah dengan kehadiran pemain tersebut.