Gempar!!! Petugas hospital dijangkiti Covid-19 meskipun sudah divaksin 2 kali

Gempar!!! Petugas hospital dijangkiti Covid-19 meskipun sudah divaksin 2 kali

Seorang petugas hospital yang sudah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 antara akhir Januari dan awal Februari lalu masih dijangkiti virus itu.

Menurut Health Times, akhbar rasmi parti pemerintah, Parti Komunis China (CCP), ia juga adalah kes tempatan COVID-19 pertama di China sejak 14 Februari lalu.

Pesakit yang hanya dikenali dengan nama keluarga Liu, bekerja di sebuah hospital di kota Xian sejak 4 Mac lalu, bertanggungjawab mengumpulkan sampel individu yang dikuarantin bagi tujuan ujian COVID-19.

The Health Times, yang memetik gabungan kumpulan pakar di wilayah Shaanxi, berkata Liu dijangkiti selepas terdedah secara tidak sengaja ketika berada di kawasan kuarantin hospital.

Bekas Ketua Epidemiologi Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China, Dr Zeng Guang, dipetik berkata tahap perlindungan vaksin tidak 100 peratus, namun orang ramai tidak perlu meragui vaksin domestik susulan kes itu.

“Kadar keberkesanan vaksin domestik untuk mencegah kes teruk di China adalah lebih daripada 90 peratus dan tahap perlindungan keseluruhan lebih dari 70 peratus.

“Hospital bagi rawatan COVID-19 adalah tempat berisiko tinggi di mana kita tidak boleh menolak kemungkinan kakitangan yang sudah divaksin dijangkiti,” katanya.

Seramai 33 kakitangan yang bekerja di kawasan kuarantin termasuk Liu merekodkan keputusan negatif bagi ujian asid nukleik dan sudah menjalani pengasingan serta pemerhatian perubatan.

Namun, The Health Times tidak menyatakan vaksin mana yang diterima oleh Liu.

China kini menghasilkan empat vaksin COVID-19 bagi kegunaan umum iaitu vaksin dihasilkan CanSino Biologics Inc (CanSinoBIO) dan Wuhan Institute of Biological Products yang bersekutu dengan China National Pharmaceutical Group (Sinopharm).

Selain itu, vaksin Sinovac Biotech diluluskan bulan lalu manakala satu lagi vaksin unit Sinopharm Beijing diluluskan tahun lalu.

Sementara itu, vaksin kelima dibangunkan Institute of Microbiology of Chinese Academy of Sciences (IMCAS) turut menerima kelulusan penggunaan kecemasan di China pada 15 Mac lalu. – AGENSI