Gempar!!! PH retak, PKR mahu guna logo parti sendiri dalam PRN Melaka
Selepas dunia politik digegarkan dengan pertelagahan sesama komponen parti blok kerajaan antara 3 parti besar melayu melibatkan UMNO,Pas dan Bersatu.
Situasi yang sama turut menjangkiti parti-parti blok pembangkang di dalam PH.Sumber yang rapat dengan pimpinan PH memaklumkan isu penggunaan logo pilihanraya masih gagal mencapai kata putus sehingga kini.
PKR dikatakan melobi PH menggunakan logo parti mereka sepertimana sewaktu PRU-14 yang lalu sambil mendakwa kemenangan diperolehi PH ketika itu banyak bergantung dengan penggunaan logo parti mereka.
Namun DAP dalam kenyataan awal telah memberi isyarat bahawa penggunaan selain daripada logo PH sendiri akan dilihat melemahkan gabungan antara parti di dalam PH itu sendiri. Malah pimpinan DAP juga telahpun mengumumkan bahawa parti mereka sendiri akan menggunakan logo PH nanti.
Sebelum ini, Anwar dalam kenyataannya ketika ditanya penggunaan logo berdepan pilihanraya umum ke-15 nanti juga telah memberi isyarat jelas untuk akur dengan desakan akar umbi supaya terus menggunakan logo parti itu.
Sehingga kini, Majlis Presiden PH masih belum membuat sebarang kenyataan rasmi berkaitan isu tersebut.
Sekiranya PKR terus berkeras untuk menggunakan logo parti mereka, ianya sedikit sebanyak bakal memberikan imej negetif kepada kesepaduan PH dalam mendapatkan semula keyakinan rakyat di negeri Melaka khususnya, dan Malaysia amnya.