Gempar!!! PKR dakwa pakatan Azmin-Hishamuddin gerakan sokongan SD MP tolak Muhyiddin

Gempar!!! PKR dakwa pakatan Azmin-Hishamuddin gerakan sokongan SD MP tolak Muhyiddin

PKR mendakwa wujud kembali gerakan untuk mendapatkan Akaun Bersumpah (SD) dalam kalangan ahli-ahli Parlimen.

Menurut Pengarah Komunikasinya, Fahmi Fadzil, pihaknya dimaklumkan gerakan itu dilakukan beberapa ahli Parlimen yang tidak memegang jawatan pemimpin utama parti.

“Parti turut difahamkan bahawa ahli-ahli Parlimen ini berbuat demikian dengan dakwaan kononnya mereka telah mendapat ‘restu’ Yang Di-Pertuan Agong.

“Sebagai sebuah negara yang mengamalkan prinsip raja berperlembagaan kami percaya bahawa dakwaan ‘restu’ ini adalah tidak benar sama sekali dan merupakan satu percubaan jelek untuk mendapatkan habuan bagi kelompok tertentu pada ketika negara berada di dalam krisis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berpendirian nama Yang di-Pertuan Agong tidak patut digunakan sebagai helah untuk meraih sokongan ahli-Ahli Parlimen.

Katanya, lebih-lebih lagi apabila sokongan itu tidak menyelesaikan persoalan besar tentang hala tuju kepimpinan negara pada ketika ini.

“Tindakan terdesak kelompok ini wajar ditolak oleh rakyat. Tumpuan sekarang harus ke arah memulihkan ekonomi dan membela rakyat yang cukup terkesan akibat pandemik Covid-19,” katanya.

Dalam pada itu, sumber yang dekat dengan parti itu turut mendakwa gerakan itu juga mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Hari ini parti terima maklumat bahawa ada cubaan kumpulkan SD dari beberapa ahli Parlimen yang tidak memegang jawatan kepimpinan utama parti mereka.

“Adakah mereka ini takut hilang kuasa? Atau adakah mereka sedang berusaha nak jatuhkan Muhyiddin?” soalnya kepada MalaysiaGazette.

The Vibes semalam melaporkan ada cubaan mendapatkan sokongan ahli Parlimen UMNO bagi memberikan sokongan kepada Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bagi jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Laporan memetik sumber yang tidak dinamakan itu juga mendakwa Muhyiddin akan berundur daripada jawatannya beberapa bulan akan datang untuk memberi laluan kepada Hishamnuddin.

Sumber: https://malaysiagazette.com/2021/06/11/ada-pihak-cuba-kumpul-sd-sokongan-mp-dakwa-pkr/