Gempar!! Razman, Akmal tidak tersenarai dalam Exco kerajaan negeri yang baharu

Gempar!! Razman, Akmal tidak tersenarai dalam Exco kerajaan negeri yang baharu

Empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada UMNO dan seorang daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), mengangkat sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), di Istana Iskandariah di sini, hari ini.

Mereka mengangkat sumpah di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan itu.

Tiada wakil ADUN PAS dilantik hari ini. Turut hadir pada majlis istiadat itu, Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad.

Mendahului senarai mengangkat sumpah jawatan itu ialah ADUN Sungai Manik yang juga Setiausaha BERSATU Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin.

Empat ADUN UMNO ialah ADUN Lintang, Datuk Mohd Zolkafly Harun; ADUN Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya; ADUN Kampong Gajah, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Nordin dan ADUN Bota, Khairul Shahril Mohamed.

Keempat-empat ADUN UMNO itu adalah barisan EXCO ketika kerajaan sebelum ini pimpinan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, sementara Zainol Fadzi adalah penasihat Menteri Besar.

Selesai mengangkat sumpah, kesemua mereka menandatangani surat pelantikan dengan disaksikan Hakim Utama Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk Hisham Hashim dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Suaidi Abdul Rahim.

Sebelum itu, Saarani pada sidang media tengah hari tadi memaklumkan, lima ADUN berkenaan dipilih bagi membolehkan fungsi kerajaan negeri berjalan termasuk pembentangan Belanjawan 2021 negeri, Rabu depan.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/12/763678/lima-adun-sumpah-jawatan-exco-perak