Gempar!!! Remaja perempuan ditemui dalam keadaan berbogel
Seorang gadis berusia 17 tahun ditemukan bersembunyi tanpa pakaian di rumah sewa kenalan lelaki dalam operasi pencegahan maksiat oleh Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) di sebuah rumah di Kampung Keladi di sini hari ini.
Lelaki terbabit berusia 22 tahun sebelum itu sanggup melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan merentas negeri melalui lorong tikus untuk mengambil teman wanitanya yang tinggal di Juru, Pulau Pinang.
Pegawai Penguatkuasa PADK, Anwar Shariffudin Mat Saad berkata, pasangan terbabit ditahan dalam serbuan tersebut selepas mendapat aduan daripada orang awam pada pukul 1 pagi.
Menurutnya, ketika memasuki rumah tersebut hanya kelihatan seorang lelaki sahaja berada di dalam kediaman tersebut.
“Apabila kami mengetuk pintu rumah itu, seorang lelaki yang memakai baju kemeja-T dan berseluar paras lutut datang membuka pintu.
“Hasil pemeriksaan lanjut ke dalam bilik air dan menemui wanita itu bersembunyi tanpa pakaian,” katanya di sini hari ini.
Tambahnya, lelaki yang bekerja di sebuah kilang ayam di sini dan berasal dari Padang Serai di sini mendakwa mula berkenalan dengan gadis tersebut melalui aplikasi WhatsApps kira-kira seminggu lalu.
Jelasnya, pasangan itu juga gagal menunjukkan sebarang hubungan mahram atau suami isteri sehingga menimbulkan syak mereka melakukan maksiat.
“Mereka kemudian ditahan dan dibawa ke Balai Polis Kulim untuk laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama daerah untuk siasatan lanjut,” katanya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 25(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri 2014.
Sumber – UTUSAN ONLINE