Gempar!!! Rogol dan buntingkan 8 pelajar, guru bertopengkan iblis ditahan polis
Tugas seorang guru adalah untuk mendidik anak bangsa dan kerjaya itu dipandang mulia oleh kebanyakan masyarakat di seluruh dunia.
Namun, seorang guru di yayasan sekolah pondok di Bandung sanggup mencabul dan merogol 12 pelajar perempuan sehingga lapan daripadanya sudah melahirkan anak, manakala dua lagi sedang mengandung.
Guru durjana yang hanya dikenali sebagai HW itu kini sudah ditahan polis dan kesnya dibawa ke muka pengadilan.
Ketua Seksyen Penerangan Undang-Undang Pejabat Pendakwa raya Jabar, Dodi Gazali Emil berkata, kes tersebut sudah dibawa ke Mahkamah Daerah Bandung untuk dibicarakan.
Katanya, guru tersebut sudah melakukan perbuatan terkutuk itu sejak 2016 sehingga kini.
“Seramai 12 pelajar menjadi mangsa nafsu serakah guru itu dengan kebanyakannya berusia antara 16 dan 17 tahun.
“Lapan daripada pelajar itu pernah melahirkan anak, manakala dua lagi sedang hamil,” katanya kepada Kompas.com.
Jelas Dodi, guru tersebut akan menjalani sesi perbicaraan pada 18 November ini.
Setakat ini, sebanyak 21 saksi bakal dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes tersebut.
Selain itu, guru tersebut juga didakwa tidak hanya merogol anak muridnya di sekolah, tetapi turut melakukan perbuatan hina itu di tempat lain.
Dodi memberitahu, guru itu menggunakan kekerasan kepada semua mangsanya untuk memaksa mereka menuruti kehendaknya.