Gempar!!! Sahabat baik Hadi ditendang dari Majlis Getah Malaysia, digantikan orang Zuraida

Gempar!!! Sahabat baik Hadi ditendang dari Majlis Getah Malaysia, digantikan orang Zuraida

Majlis Getah Malaysia (MRC) hari ini mengumumkan pelantikan Dr Daroyah Alwi sebagai pengerusi wanita pertamanya, menggantikan Raja Idris Raja Kamarudin berkuat kuasa 1 Okt lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nurul Islam Mohamed Yusoff berkata, pelantikan itu mempunyai sejarah tersendiri kerana ini kali pertama MRC diterajui wanita sejak ditubuhkan lebih 20 tahun lalu.

“Pengurusan MRC amat mengalu-alukan kehadiran Daroyah dan kami yakin dengan pengalamannya sebelum ini, beliau dapat memberikan sumbangan terbaik untuk MRC terus maju pada masa depan.

“MRC turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Raja Idris Raja Kamarudin, bekas pengerusi Lembaga Pemegang Amanah MRC atas segala bimbingan dan perkongsian ilmu selama kepimpinan beliau dalam pengurusan MRC,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Daroyah menyuarakan komitmennya untuk membangun dan memperkasakan MRC bukan sahaja dalam sektor industri getah di pasaran tempatan, malahan di peringkat antarabangsa.

Sumber – FMT