Gempar!!! Sejumlah besar lembu ditemui mati menjelang sambutan AidilAdha

Gempar!!! Sejumlah besar lembu ditemui mati menjelang sambutan AidilAdha

Sekurang-kurangnya 2,000 ekor lembu dilaporkan mati dikaitkan berpunca daripada haba dan kelembapan melampau di Kansas, lapor laman berita Kosmo.

Industri penternakan lembu di Amerika Syarikat dilaporkan telah terjejas dengan penternak-penternak memilih untuk mengurangkan haiwan ternakan mereka.

Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine menyebabkan kekurangan bijirin dan meningkatkan kos makanan haiwan.

Kansas ialah negeri penternak lembu ketiga terbesar di AS selepas Texas dan Nebraska. Kansas memiliki lebih 2.4 juta ekor lembu di ladang-landang ternak.

Bagaimanapun, suhu dan kelembapan di barat Kansas meningkat sejak hujung minggu lalu, manakala angin sejuk dilaporkan beredar.

Jurucakap Persatuan Ternakan Kansas, Scarlett Hagins berkata, haiwan ternakan itu tidak dapat menyesuaikan diri dengan perubahan cuaca yang mendadak.

“Ia pada dasarnya adalah impak yang sempurna,” kata seorang doktor haiwan daripada Universiti Negeri  Kansas, AJ Tarpoff.

Suhu meningkat mencecah 42 darjah Celsius di barat laut Kansas menjelang Isnin lalu, kata Presiden perkhidmatan kaji cuaca World Weather Inc., Drew Lerner.

Pada hujung minggu ini, suhu di bahagian barat Kansas dan Texas Panhandle iaitu kawasan merangkumi 26 daerah di utara negeri berkenaan diramal menghampiri 43.3 darjah Celsius walaupun angin kuat dan tahap kelembapan yang lebih rendah akan membantu meminimumkan kematian lembu ternak.