Gempar!!! Selepas Asri Janggut, seorang lagi mujahidin saiber Pas mengundur diri

Gempar!!! Selepas Asri Janggut, seorang lagi mujahidin saiber Pas mengundur diri

Siapa tak kenal Fais Al-Hajari? Mujahid saiber Pas yang begitu lantang dan bermulut longkang ketika menyerang musuh politiknya, tak kira yamg diserang itu sebaya ataupun lebih tua darinya.

Pakar bekam yang pernah menggemparkan dunia maya apabila mengaku pernah dingorat remaja rupawan meskipun telah punyai 2 orang isteri. Dia juga merupakan pakar rujuk pimpinan yang tersepit sekiranya melakukan kesilapan bodoh. Malah dia dianggap pakar segala pakar di atas kepetahannya berhujah setiap isu yang diutarakan meskipun kepakaran utamanya hanyalah dalam sudut perawatan kesihatan sahaja.

Setelah sekian lama berjaya menjadi antara kepimpinan utama mujahidin saiber Pas, bergandingan bahu dengan mujahidah saiber Hanisya Abdul Hamid, muncul satu hantaran FB yang mengejutkan semua pihak terutama dari kalangan ahli partinya sendiri.

Dalam hantarannya yang sarat dengan nada kecewa, dia mengambil keputusan mengucapkan selamat tinggal kepada dunia cytro. Sambil mengakui pedih diserang askar sendiri, Fais turut mencuit sikap pimpinan partinya yang sudah mulai tidak hiraukan pejuang-pejuang parti selepas menjadi kerajaan.

Walaupun belum pasti adakah keputusannya dikira satu strategi menagih jawatan, namun sekiranya lahir dari ketulusan hatinya sendiri sudah tentulah pengundurannya itu dianggap satu kerugian kepada Pas.