Gempar!!! Selepas didakwa terlibat merancang usaha ‘rehatkan’ Muhyiddin, Azmin dikaitkan sertai Pejuang pula
Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) menafikan khabar angin Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan menyertai parti itu.
Jurucakap parti itu berkata, ini kerana parti pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad itu belum diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) dan berita nyata palsu.
“Tidak benar, Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) tutup, semua kakitangan kerja dari rumah,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.
Jurucakap itu berkata demikian merujuk kepada satu mesej di aplikasi WhatsApp yang tular hari ini.
Mesej yang bertebaran hari ini berkata bekas Timbalan Presiden PKR itu akan menyertai Pejuang.
Ia didakwa akan dilakukan dalam satu sidang media di YKP, petang ini.
“Sidang media khas penyertaan Datuk Seri Azmin Ali ke parti Pejuang jam 5 petang di Yayasan Kepimpinan Perdana. Diskusi secara webinar, sekian dimaklumkan,” tulis mesej itu.
Untuk rekod, Azmin kini diangkat sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada September tahun lalu.
Turut dilantik, bekas Naib Presiden PKR, Datuk Zuraida Kamaruddin.
Mohamed Azmin dan Zuraida serta kumpulannya mengumumkan penyertaan ke dalam BERSATU pada Ogos tahun lalu.
Sumber: https://malaysiagazette.com/2021/06/11/khabar-angin-azmin-masuk-pejuang-tak-benar/