Gempar!!! Selepas Muhyidin, Awie pula didapati menipu
Setakat ini, tiada sebarang kompaun dikeluarkan berhubung kes pelanggaran SOP Covid-19 melibatkan penyanyi rock Awie dalam program misi kemanusiaan di sebuah hotel di Jalan Hang Tuah, Melaka.
Ini kerana kes berkenaan masih dalam siasatan, dan proses mengambil keterangan semua individu yang terlibat sedang dilakukan, kata Timbalan Ketua Polis Melaka, Razali Abu Samah.
Beliau berkata, setakat ini, pegawai penyiasat sudah mengambil keterangan Awie di rumahnya di Ampang semalam, selain penganjur program, iaitu pihak hotel.
“Hanya beberapa individu daripada persatuan beca yang terlibat dalam program itu masih belum dipanggil, dan ia akan dilakukan secepat mungkin bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
“Kita tidak tuduh beliau lagi (Awie) kerana siasatan belum selesai. Tindakan dan arahan dari Timbalan Pendakwa Raya pun belum kita peroleh, jadi macam mana saman itu dibayar?” kata Razali pada sidang media berkaitan perkembangan Covid-19 di Melaka hari ini, menurut laporan Bernama.
Semalam, polis memaklumkan sudah menerima laporan berhubung pelanggaran SOP oleh Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, ketika menjayakan program misi kemanusiaan.
“Semua yang terbabit dalam kes ini termasuk penganjur program akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah untuk diambil keterangan,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Mohd Sukri Kaman.
Dalam sebuah video berdurasi 42 saat yang tular di media sosial, Awie bersama beberapa individu dilihat tidak memakai pelitup muka dalam program yang didakwa berlangsung pada 30 April lalu.
Hari ini, media melaporkan pengurus Awie, Mubarak Akhtar, mendakwa, penyanyi berkenaan sudah membayar saman atas pelanggaran SOP tersebut. – FMT